SERVICES
Kami menyediakan pelbagai jenis servis berkaitan aircond kenderaan. Dengan menggunakan cara terkini anda pasti puas hati dengan hasil yang kami berikan.
01
PENUKARAN ALAT GANTI AIRCOND
Kami juga membuat penukaran alat ganti aircond kenderaan seperti cooling coil, condensor, compressor dan juga memastikan pemasangan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

02
PAKEJ SERVIS FLUSHING
Apa itu servis flushing?
-
Servis ini akan memastikan keseluruhan minyak kompressor dibuang daripada sistem aircond kenderaan. Servis ini memastikan 100% minyak kompressor yang lama dibuang dan digantikan dengan 100% minyak baharu. Tanpa membuka sebarang alat ganti mudah cepat dan menjadikan komponen aircond tahan lebih lama.
03
DIAGNOSE DAN SERVIS RECYCLING
Jika kenderaan anda berkondisi seperti aircond berasa kering dan kurang sejuk, usia telah melebihi 2 tahun dan baru selesai menjalani proses mengecat di dalam oven atau spray booth. Servis recycling ini adalah proses dimana gas refrigerant dicuci semula menggunakan mesin recycling yang diselenggara secara berkala.
Perkara yang dilakukan semasa proses diagnose:
-
Menjalani ujian ketulenan gas.
-
Membaca tekanan sistem aircond.
-
Mengambil bacaan suhu terendah dan berapa lama suhu tersebut boleh dicapai.
Perkara yang dijalankan semasa proses servis recycling dijalankan adalah seperti berikut.
-
Recycling gas - proses menyedut keluar gas dan sedikit minyak kompressor dari kenderaan ke dalam mesin.
-
Vacuum - proses menyedut udara di dalam sistem paip aircond bagi menghilangkan udara dan wap air sebelum gas refrigerant yang bersih dimasukkan.
-
Oil Injection - Proses memasukkan minyak kompressor baharu ke dalam sistem aircond. Kebiasaannya minyak kompressor dimasukkan sedikit bagi menggantikan kuantiti minyak kompressor yang telah disedut keluar.
-
Gas Insertion - proses memasukkan semula gas yang telah dibersihkan ke dalam sistem aircond dalam mengikut jumlah spesifikasi kenderaan.
Keseluruhan proses ini dapat memastikan tahap kesihatan aircond kenderaan anda sebelum rekomendasi diberi kepada anda.

04
SERVIS COOLING COIL
Kami menawarkan anda dua kaedah cucian cooling coil iaitu cucian menggunakan camera endorscope dan cucian keseluruhan sistem unit cooling dengan cara membuka dashboard dan mengeluarkan komponen dalamannya.
1. Cucian Endorscope
-
Cucian jenis ini amat mudah kerana ia tidak memerlukan dashboard kenderaan anda dibuka. Hanya memasukkan kamera dan nozzle ke dalam lubang dan sembur chemical ke dalamnya. Selepas itu cuci dengan air. Tahap bersih adalah 80 - 90%, terhad untuk kotoran yang kurang tebal.
2. Cucian buka dashboard
-
Cucian jenis ini memerlukan dashboard kenderaan dibuka untuk mengeluarkan cooling coil dan cucian jenis ini agak mahal dan memerlukan masa yang panjang.

05
SERVIS OZONIZER
Ozonier adalah kaedah servis menyahbau yang kurang menyenangkan menggunakan ozon, tanpa meninggalkan bau bahan kimia yang kuat. Kebiasaan bau ini datang dari bakteria dan kulat terutama di kawasan sejuk dan berair terutama di bahagian cooling coil dan cooling unit. Dengan mengalirkan udara mengandungi ozon di dalam kereta selama 30 minit bau daripada bakteria dan kulat boleh dinyahaktifkan.

